Wednesday, October 22, 2008

Konsep Blog Saya

Konsep Blog Saya ialah ilmu Wahyu, di mana kita hidup di dunia ini mestilahkan berlandaskan wahyu Allah s.w.t........dan janganlah terpesong daripada ajarannya. Dalam Blog saya ini mengandungi beberapa isu yang berkaitan dengan Islam antaranya ialah :

-Isu Akidah Islam
-Isu Ekonomi Islam
-Isu Ilmu-Ilmu Islam
- ISu Negara Islam
- Isu Pembinaan Keluarga
- Isu Pendidikkan anak-anak
-Isu Penghayatn Islam
-Isu

ISU PENUNTUT ISLAM DI IPT

MAHASISWA ISLAM DAN MORAL

Moral boleh di takrfikan sebagai sikap, perbuatan dan percakapan baik yang merupakan terjemahan daripada pandangan dan keyakinan sesuatu masyarakat atau individu mengenai perkara-perkara asas dalam kehidupan yang di perolehi samada daripada sumber keagamaan atau pengamatan atau pengalaman atau eksperimen.
Ketika ini kita dapati para remaja dan belia termasuk mahasiswa/i di IPT tempatan khususnya semakin sedar akan pentingnya nilai-nilai moral dan akhlak dalam kehidupan mereka. Kita dapati kebanyakan pelajar-pelajar yang bermoral ini lebih disiplin, bertanggungjawab, tidak membuang masa dengan percakapan dan perbuatan yang tidak berfaedah dan mempunyai sikap yang proaktif dalam pelajaran mereka kerana agama mereka mengajar mereka bahawa mencari ilmu pengetahuan, membaca dan mencapai kecemerlangan adalah satu kewajiapan yang tidak boleh di abaikan. Umpamanya dalam agama Islam, ayat yang pertama turun kepada Nabi Muhammad s.a.w bermula dengan perkataan `iqra’ atau bacalah. Ini menunjukkan betapa agama Islam memberi penilaian yang tinggi terhadap ilmu pengetahuan dan pembacaan. Di sini juga saya ingin menyatakan secara ringkas beberapa cirri pelajar yang bermoral antaranya:
i) mahasiswa/I yang bermoral harus berpegang teguh kepada Islam yang di turunkan oleh Allah SWT

ii) mentaati dan menghargai kedua ibubapa mereka. Mahasiswa/I yang bermoral tidak harus melupakan jasa dan pengorbanan ibubapa mereka yang telah membesarkan mereka sehingga mereka berjaya menjejak kaki ke menara gading.

iii) mampu mengawal nafsu

iv) mahasiswa yang bermoral ialah mahasiswa yang sentiasa menghiasi dirinya dengan sikap, percakapan dan perbuatan yang baik samada dalam hubunganya dengan Penciptanya, dengan ibubapanya, dengan pensyarahnya, dengan rakannya atau dengan orang lain yang di perkenalkan kepadanya
v) mahasiswa yang bermoral ialah mahasiswa yang tegas dengan prinsipnya dan tidak bersedia untuk menggadaikan prinsipnya untuk kepentingan dirinya atau orang lain, atau memenuhi kehendak nafsunya

ISU ILMU-ILMU ISLAM

SEDEKAH PADA HARI JUMAAT

Sedekah ialah antara ibadat yang mempunyai nilai yang tinggi disissi Allah s.w.t. Sedekah memberi manfaat kepada pemberinya tanpa di pinta atau di sangka. Hari jumaat yang mempunyai keberkatan tersendiri di sisi rabbul jalil. Tetapi bersedekah pada hari jumaat adakah bid’ah @ bertambah berkat.

Sememangnya jika kita mahu bersedekah tidak perlu tunggu sehingga hari jumaat, tetapi apa salahnya sambil berkunjung ke masjid kita bawa bersama seringgit dua untuk tabung masjid. Bukan itu sahaja banyak lagi tabung yang di sediakan oada hari jumaat. Akan tetapi jangan pula sampai kita yang menjalankan pungutan derma ketika khatib membaca khutbah ini di khuatiri boleh mengganggu ke fokusan jemaah lain untuk mendengar khutbah.

ISU UNDANG-UNDANG ISLAM

MEROKOK HARAM FATWA YANG TERUS DI LUPAKAN

Di tepi kotak rokok tertera ayat peringatan ``Amaran Kerajaan Malaysia Merokok Membahayakan Kesihatan.'' Bersempena dengan penegasan Perdana Menteri tentang bahaya merokok ini adalah wajar juga para perokok diberi peringatan yang sama tentang pandangan Islam terhadap tabiat merokok.

Persoalan hukum merokok dalam Islam sering menjadi polemik para ulama antara hukum makruh dan haram. Namun demikian, hukum sunat dan harus terkeluar daripada perbincangan hukum mengenainya. Bagi perokok, mereka sebenarnya mengambil sikap eskapisme dengan mengatakannya sebagai satu perkara yang makruh kerana perbuatan yang makruh hanya dibenci oleh Allah s.w.t., tidak sampai kepada hukum haram atau berdosa di sisi Allah s.w.t. Namun demikian, perlu diingatkan bahawa hukum makruh dan haram itu adalah aksiologi negatif dalam perundangan Islam. Adakah wajar kita mengambil nilai negatif dalam menghalalkan rokok kepada diri kita?

Lebih malang, ada juga yang mengambil teori sekular egoisme untuk mewajarkan diri mereka untuk merokok. Kata mereka, merokok memberi kepuasan dan ketenangan diri, lagi pun mereka tidak mengacau atau mengganggu orang lain. Ada juga muda mudi yang beranggapan menghulurkan rokok kepada sahabat taulan sebagai budi yang baik dan bersifat pemurah. Namun secara hakikatnya apa jua hujah yang diutarakan oleh mereka, ia merupakan sejumlah alasan yang direka-reka akibat ketidakmampuan mereka membebaskan diri daripada ketagihan merokok akibat bahana nikotin dalam rokok.


Rentetan daripada bahaya dan kemudaratan yang ditimbulkan oleh tabiat merokok ini, maka pada 23 Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 telah memutuskan bahawa tabiat merokok itu adalah haram menurut pandangan Islam. Fatwa ini disokong oleh beberapa pertubuhan termasuk Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Setelah tujuh tahun lebih fatwa ini diputuskan, didapati reaksi masyarakat Malaysia khususnya muda-mudi Islam seolah-olah tidak menghiraukan langsung fatwa tersebut. Semakin hari fatwa tersebut semakin dilupakan oleh masyarakat Islam sendiri.

ISU POLITIK ISLAM

RAKYAT WAJAR PILIH PEMIMPIN YANG BERWIBAWA

Melihat dari pilihan Raya Umum yang lalu kita sebagai rakyat Malaysia harus sedar bahawa Pilihan raya yang lalu banyak membawa perubahan kepada negara terutama sekali dari sudut pemerintahan. Banyak negeri-negeri yang telah melakuakn peralihan kuasa disebabkan oleh kesedaran rakyat. Oleh itu kita sebagai warga negara Malaysia yang menganut agama Islam seharusnya peka untuk memilih pemimpin yang berwibwa untuk memerintah negara. Agenda dan manifesto setiap Paserta individu yang akan menjadi calon mestilah di nilai sebaik mungkin agar kita dapat membuat penilaian yang terbaik

Selain itu sebagai rakyat Makaysia yang cintakan egara ini, kita mestilah berfikir adakah kita mhu menjadikan mereka yang terlibat dengan rasuah, salah una kuasa dan mempunyai masaalah moral sebagai pemimpin kita nanti. Oleh itu sama-samalah kita berfikiran terbuka dan tidak melanggar undang-undang Allah.

ISU PEMBINAAN KELUARGA

PENGHAYATAN ISLAM ASAS RUMAH TANGGA BAHAGIA DAN ANAK-ANAK YANG BERJAYA.

Dewasa ini, isu berkaitan keibubapaan dan institusi kekeluargaan bukanlah satu isu yang baru. Malah ia adalah isu yang selalu diperkatakan dan sering diperdebatkan. Institusi keluarga dan ibubapa merupakan satu institusi yang penting dalam sistem sosial Islam. Justeru itu Islam memandang mulia kedudukan, tugas, peranan dan tanggungjawab ibubapa kerana mereka adalah tunggak dan pencorak generasi masakini yang bakal menggalas kepimpinan negara pada masa hadapan. Merekalah yang menjadikan anak-anak sebagai aset negara yang tidak ternilai.
Ibubapa berfungsi sebagai penggerak yang paling penting dalam mendidik anak-anak dan keluarga ke arah membina kehidupan berumahtangga yang baik, sempurna dan diredhai oleh Allah. Skima penilaian ibubapa yang berjaya tidak meletakkan faktor kebendaan atau aspek lahiriah semata-mata tetapi lebih dari itu. Faktor keterampilan dan kemampuan untuk melahirkan dan membentuk satu generasi anak-anak yang berilmu, bertakwa, beriman dan beramal soleh adalah penentu dalam situasi dan ruang lingkup tugas dan tanggungjawabnya sebagai ibubapa. Inilah ukuran yang menjadi kriteria utama kejayaan mereka.
Jika kita mengukur dan menilai ibubapa berjaya berdasarkan kebolehan atau pencapaian aspek kebendaan semata-mata tanpa memikirkan soal adab, kesopanan, maruah dan budi pekerti sudah tentu ianya akan hanya melahirkan generasi ynag tempang dan seterusnya masyarakat yang pincang. Ibubapa yang memahami, memperlengkapkan diri dan membentuk dengan asas-asas pengetahuan Islam untuk membina keluarga berlandaskan asas keagamaan akan dapat merealisasikan tuntutan sebenar dari perkahwinan tersebut. Persediaan keagamaan ini penting sebagaimana ditegaskan dalam firman Allah bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan juga keluarga kamu dari api nereka ( Al-Tahrim:6)
Kemuliaan institusi ini dipelihara oleh Islam di mana ianya perlu dimulai dengan peraturan tertentu iaitu perkahwinan dan bukannya melalui hubungan sulit atau perzinaan. Maksudnya batasan dan kefahaman agama menjadi pendorong utama apabila perkahwinan hendak dilaksanakan.
Kita juga tidak mahu keruntuhan sistem kekeluargaan adalah berpunca dari faktor kurangnya pengetahuan atau didikan agama yang dimiliki oleh ibubapa. Hakikatnya ibubapa yang memiliki didikan agama dan menghayati falsafah perkahwinan dan diterjemahkan dalam rumahtangganya dapat menjalankan fungsinya dengan baik dalam kehidupannya. Ini adalah kerana pertimbangan soal dosa dan pahala adalah asas penting dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab kita terhadap diri, keluarga masyarakat dan negara.

ISU PENGHAYATAN ISLAM

REMAJA SEMAKIN TERHAKIS DENGAN NILAI-NILAI ISLAM

Penghayatan Islam di kalangan remaja pada hari ini semakin terhakis, berikutan dengan masalah-masalah yang menimpa remaja kita pada hari ini. Kita dapat lihat juga, rata rata remaja pada hari ini mengnuti agama islam dan mereka tahu bahawa agama Islam adalah agama yang terbaik dari agama-agama yang lain, namun mereka tidak menghayati atau mengamalkan agama islam itu denagan sebenar-benarnya mengikut apa yang telah di gariskan oleh syara’. Sebagi contoh yang kita dapat lihat di Fakulti pengajian Islam itu sendiri terdapat ramai pelajar-pelajar yang bilamana berada di fakulti mereka menutup aurat dengan sempurna, dan apabila mereka berada di luar fakulti mereka berani untuk mendedahkan aurat mereka di khayalah ramai, di sini kita dapat. bahawa pelajar seperti ini tidak mempunyai kemantapan iman, agama serta akidah serta tidak mengamalkan sertamenghayati ilmu yang di pelajari di dewan kuliah atau di man sahaja.
Sepatutnya remaja Islam yang ada pada hari ini merupakan contoh kepada remaja yang bukan Islam. Remaj islam juga perlu melengkapkan Ilmu-Ilmu yang berkaitan dengan hukum-hukum islam walaupun mereka belajar bukan dalam bidang ilmuan islam, kerana apa, Islam telah mewajibkan setiap dari umatnya yang beragama Islam untuk menuntut ilmu-ilmu Fardhu A’in sebagai panduan hidup mereka untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat.

ISU NEGARA ISLAM

MALAYSIA NEGARA ISLAM ?


Istilah ‘Negara Islam’ tidak tercatat secara langsung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Perbahasan mengenainya hanya dibuat berpandukan kepada ijtihad para ulama mujtahidin. Perbahasan ini dibuat bertujuan menentukan kategori sesuatu negara atau tempat yang didiami oleh umat Islam samada bertaraf ‘kampung halaman Islam atau hak umat Islam’ atau ‘kampung halaman kafir harbi’ yang memerangi umat Islam.

Negara-negara di dunia ini mengikut penilaian hukum fiqh terbahagi kepada tiga kategori, iaitu;
i. Negara Islam.
ii. Negara kafir yang berperang dengan Islam, dan.
iii. Negara kafir yang tidak memerangi Islam.

DEFINISI NEGARA ISLAM
Beberapa definisi Negara Islam yang dirumuskan oleh ulama dan cerdikpandai Islam adalah seperti berikut;
i. Muhammad bin Hasan As Syaibani:
“Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya”.
ii. Muhammad Abu Zuhrah:
“Negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahananya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim”.
Berpandukan kepada definisi di atas, jelaslah Malaysia adalah sebuah negara Islam. Keraguan dan pertikaian mengenai Malaysia sebagai sebuah negara Islam adalah tidak berasaskan fakta dan ianya tertolak.
Malaysia sebagai negara Islam telah diperkuatkan lagi dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan. Peruntukan ini tidak diadakan oleh penjajah, tatapi diusaha oleh pejuang dan pemimpin negara seiring perjuangan mencapai kemerdekaan.

ASAS-ASAS NEGARA ISLAM
Asas-asas utama sesebuah negara itu diiktiraf sebagai negara Islam antaranya ialah;
· Sesebuah negara yang tunduk akur di bawah kuasa Islam dan orang Islam sebagai ketua pemerintah.
· Tanahair orang Islam adalah sah sebagai negara Islam.
· Sesebuah negara yang aman dan bebas didirikan syiar Islam di dalamnya.

MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM
Hasil dari definisi dan pandangan ulama mengenai negara Islam, jelaslah Malaysia sebagai negara Islam kerana ciri-ciri berikut;
· Malaysia adalah tanahair orang Islam sejak turun temurun.
· Ketua pemerintahan negara dipegang oleh orang Islam.
· Malaysia masih didiami oleh orang-orang Islam sebagai pemunya.
· Umat Islam bebas menunaikan amalan syariat Islam malah dibantu oleh Kerajaan.
· Sistem mempertingkatkan ibadah, munakahat dan muamalat dilaksanakan di serata negara.
· Pendidikan Islam diajar dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi dan sentiasa ditingkatkan mutunya.
· Mahkamah syariah ditubuh dengan rasmi dan hasil keputusannya tidak boleh diganggu oleh mahkamah sivil.






ISU EKONOMI ISLAM

AITAB- BANK PERBANKKAN ISLAM YANG BERDAYA SAING


Siapkah mengetahui tentang AITAB?. AITAB merujuk kepada sewa beli secara Islam. Berdasarkan konsep al-Ijarah Thumna al-Ba’, AITAB mempraktikkan prinsip-prinsip Syariah Ijarah (Sewa) dan ba’ (Jualan). Di mana bank akan membeli dan menyewakan kepada anda pada kadar sewa yang tetap untuk tempoh yang tertentu.

Resiko yang berkaitan dengan urusan menggunakan perlindngan takaful setelah tamat tempoh sewaan, bank akan menjual kenderaan tersebut kepada anda pada satu harga yang di persetujui, dengan prinsip sewa beli seperi ini dapat membantu umat Islam untuk memilih perbankkan Islam sebagai pilihan utama selaras dengan keperluan dan tuntutan agama Islam.

ISU PENDIDIKAN ANAK-ANAK

KEPENTINGAN PENDIDIKKAN ANAK-ANAK DI PERINGKAT AWAL DAN CABARAN


Pembangunan perindustrian pesat dalam era globalisasi yang berlaku dalam dunia hari ini telah meningkatkan cabaran membentuk generasi akan datang khasnya bagi ibubapa dan pendidik Muslim. Dalam menempuh alam cyber dan teknologi maklumat tidak dapat dinafikan pembangunan insan dan pembinaan generasi perlu dititikberatkan selari dengan keprihatinan terhadap kepesatan kemajuan negara. Ini kerana kanak-kanak merupakan aset penting bagi pembinaan sesuatu bangsa dan ketinggian maruah agama. Mereka adalah generasi pewaris yang bakal menjana wawasan dan mencorak masa depan sesebuah negara pada alaf yang akan datang. Mereka bakal menjadi pemimpin ummah dan mencorak keunggulan Islam sebagai agama sejagat.Pernyata dari hasil-hasil kajian ilmiah samada di timur, di barat malah seanterio dunia dapatan kajian membuktikan bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah asas kepada pembinaan kekukuhan sesuatu bangsa dan pemangkin kepada visi wawasan halatuju negara. Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat misalnya menunjukkan bahawa setiap nilaian dolar yang dilaburkan untuk pendidikan awal yang berkualiti tinggi dapat memberikan pulangan yang tinggi samada dari segi perkembangan ekonomi mahupun perkembangan sosial kehidupan masyarakat di negara tersebut.Hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang dikemukakan oleh pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak, diperingkat umur 6 tahun pertama inilah peringkat paling utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan. Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa lebih separuh dari perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga empat tahun manakala satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8tahun.










ISU AKIDAH ISLAM

MANTAPKAN AKIDAH SESAMA KITA


Hidup di zaman serba mencabar ini, sedikit sebanyak kelangsungan hidup kita berpandukan material dunia. Kepapa perkara ini boleh berlaku, hal ini kerana, setiap hari kita lihat kesenangan dunia terutamanya berbentuk wang ringgit menjadi paksi kejayaan dan kesenangan hidup sesorang. Biarpun sebagai seorang manusia yang mempunyai akal dan naluri.

Oleh sebab itu, kemantapan akidah penting dan menjadi syarat utama umat Islam melakar kamajuan dan kajayaan setanding dengan bangsa lain di dunia ini. Syarat utama kejayaam Islam hadhari adalah dengan berbekalkan iman yang mantap, kita akan dapat mengikis perkara yang boleh merosakkan akidah dan iman kita sebagai umat Islam

Agenda islam hadari tidak akan tercapai matlamatnya jika kita terus membiarkan iman dan akidah kita di perlekeh oleh orang asing yang sering mencari kelemahan umat Islam.