Wednesday, October 22, 2008

Konsep Blog Saya

Konsep Blog Saya ialah ilmu Wahyu, di mana kita hidup di dunia ini mestilahkan berlandaskan wahyu Allah s.w.t........dan janganlah terpesong daripada ajarannya. Dalam Blog saya ini mengandungi beberapa isu yang berkaitan dengan Islam antaranya ialah :

-Isu Akidah Islam
-Isu Ekonomi Islam
-Isu Ilmu-Ilmu Islam
- ISu Negara Islam
- Isu Pembinaan Keluarga
- Isu Pendidikkan anak-anak
-Isu Penghayatn Islam
-Isu

ISU PENUNTUT ISLAM DI IPT

MAHASISWA ISLAM DAN MORAL

Moral boleh di takrfikan sebagai sikap, perbuatan dan percakapan baik yang merupakan terjemahan daripada pandangan dan keyakinan sesuatu masyarakat atau individu mengenai perkara-perkara asas dalam kehidupan yang di perolehi samada daripada sumber keagamaan atau pengamatan atau pengalaman atau eksperimen.
Ketika ini kita dapati para remaja dan belia termasuk mahasiswa/i di IPT tempatan khususnya semakin sedar akan pentingnya nilai-nilai moral dan akhlak dalam kehidupan mereka. Kita dapati kebanyakan pelajar-pelajar yang bermoral ini lebih disiplin, bertanggungjawab, tidak membuang masa dengan percakapan dan perbuatan yang tidak berfaedah dan mempunyai sikap yang proaktif dalam pelajaran mereka kerana agama mereka mengajar mereka bahawa mencari ilmu pengetahuan, membaca dan mencapai kecemerlangan adalah satu kewajiapan yang tidak boleh di abaikan. Umpamanya dalam agama Islam, ayat yang pertama turun kepada Nabi Muhammad s.a.w bermula dengan perkataan `iqra’ atau bacalah. Ini menunjukkan betapa agama Islam memberi penilaian yang tinggi terhadap ilmu pengetahuan dan pembacaan. Di sini juga saya ingin menyatakan secara ringkas beberapa cirri pelajar yang bermoral antaranya:
i) mahasiswa/I yang bermoral harus berpegang teguh kepada Islam yang di turunkan oleh Allah SWT

ii) mentaati dan menghargai kedua ibubapa mereka. Mahasiswa/I yang bermoral tidak harus melupakan jasa dan pengorbanan ibubapa mereka yang telah membesarkan mereka sehingga mereka berjaya menjejak kaki ke menara gading.

iii) mampu mengawal nafsu

iv) mahasiswa yang bermoral ialah mahasiswa yang sentiasa menghiasi dirinya dengan sikap, percakapan dan perbuatan yang baik samada dalam hubunganya dengan Penciptanya, dengan ibubapanya, dengan pensyarahnya, dengan rakannya atau dengan orang lain yang di perkenalkan kepadanya
v) mahasiswa yang bermoral ialah mahasiswa yang tegas dengan prinsipnya dan tidak bersedia untuk menggadaikan prinsipnya untuk kepentingan dirinya atau orang lain, atau memenuhi kehendak nafsunya

ISU ILMU-ILMU ISLAM

SEDEKAH PADA HARI JUMAAT

Sedekah ialah antara ibadat yang mempunyai nilai yang tinggi disissi Allah s.w.t. Sedekah memberi manfaat kepada pemberinya tanpa di pinta atau di sangka. Hari jumaat yang mempunyai keberkatan tersendiri di sisi rabbul jalil. Tetapi bersedekah pada hari jumaat adakah bid’ah @ bertambah berkat.

Sememangnya jika kita mahu bersedekah tidak perlu tunggu sehingga hari jumaat, tetapi apa salahnya sambil berkunjung ke masjid kita bawa bersama seringgit dua untuk tabung masjid. Bukan itu sahaja banyak lagi tabung yang di sediakan oada hari jumaat. Akan tetapi jangan pula sampai kita yang menjalankan pungutan derma ketika khatib membaca khutbah ini di khuatiri boleh mengganggu ke fokusan jemaah lain untuk mendengar khutbah.

ISU UNDANG-UNDANG ISLAM

MEROKOK HARAM FATWA YANG TERUS DI LUPAKAN

Di tepi kotak rokok tertera ayat peringatan ``Amaran Kerajaan Malaysia Merokok Membahayakan Kesihatan.'' Bersempena dengan penegasan Perdana Menteri tentang bahaya merokok ini adalah wajar juga para perokok diberi peringatan yang sama tentang pandangan Islam terhadap tabiat merokok.

Persoalan hukum merokok dalam Islam sering menjadi polemik para ulama antara hukum makruh dan haram. Namun demikian, hukum sunat dan harus terkeluar daripada perbincangan hukum mengenainya. Bagi perokok, mereka sebenarnya mengambil sikap eskapisme dengan mengatakannya sebagai satu perkara yang makruh kerana perbuatan yang makruh hanya dibenci oleh Allah s.w.t., tidak sampai kepada hukum haram atau berdosa di sisi Allah s.w.t. Namun demikian, perlu diingatkan bahawa hukum makruh dan haram itu adalah aksiologi negatif dalam perundangan Islam. Adakah wajar kita mengambil nilai negatif dalam menghalalkan rokok kepada diri kita?

Lebih malang, ada juga yang mengambil teori sekular egoisme untuk mewajarkan diri mereka untuk merokok. Kata mereka, merokok memberi kepuasan dan ketenangan diri, lagi pun mereka tidak mengacau atau mengganggu orang lain. Ada juga muda mudi yang beranggapan menghulurkan rokok kepada sahabat taulan sebagai budi yang baik dan bersifat pemurah. Namun secara hakikatnya apa jua hujah yang diutarakan oleh mereka, ia merupakan sejumlah alasan yang direka-reka akibat ketidakmampuan mereka membebaskan diri daripada ketagihan merokok akibat bahana nikotin dalam rokok.


Rentetan daripada bahaya dan kemudaratan yang ditimbulkan oleh tabiat merokok ini, maka pada 23 Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 telah memutuskan bahawa tabiat merokok itu adalah haram menurut pandangan Islam. Fatwa ini disokong oleh beberapa pertubuhan termasuk Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Setelah tujuh tahun lebih fatwa ini diputuskan, didapati reaksi masyarakat Malaysia khususnya muda-mudi Islam seolah-olah tidak menghiraukan langsung fatwa tersebut. Semakin hari fatwa tersebut semakin dilupakan oleh masyarakat Islam sendiri.

ISU POLITIK ISLAM

RAKYAT WAJAR PILIH PEMIMPIN YANG BERWIBAWA

Melihat dari pilihan Raya Umum yang lalu kita sebagai rakyat Malaysia harus sedar bahawa Pilihan raya yang lalu banyak membawa perubahan kepada negara terutama sekali dari sudut pemerintahan. Banyak negeri-negeri yang telah melakuakn peralihan kuasa disebabkan oleh kesedaran rakyat. Oleh itu kita sebagai warga negara Malaysia yang menganut agama Islam seharusnya peka untuk memilih pemimpin yang berwibwa untuk memerintah negara. Agenda dan manifesto setiap Paserta individu yang akan menjadi calon mestilah di nilai sebaik mungkin agar kita dapat membuat penilaian yang terbaik

Selain itu sebagai rakyat Makaysia yang cintakan egara ini, kita mestilah berfikir adakah kita mhu menjadikan mereka yang terlibat dengan rasuah, salah una kuasa dan mempunyai masaalah moral sebagai pemimpin kita nanti. Oleh itu sama-samalah kita berfikiran terbuka dan tidak melanggar undang-undang Allah.

ISU PEMBINAAN KELUARGA

PENGHAYATAN ISLAM ASAS RUMAH TANGGA BAHAGIA DAN ANAK-ANAK YANG BERJAYA.

Dewasa ini, isu berkaitan keibubapaan dan institusi kekeluargaan bukanlah satu isu yang baru. Malah ia adalah isu yang selalu diperkatakan dan sering diperdebatkan. Institusi keluarga dan ibubapa merupakan satu institusi yang penting dalam sistem sosial Islam. Justeru itu Islam memandang mulia kedudukan, tugas, peranan dan tanggungjawab ibubapa kerana mereka adalah tunggak dan pencorak generasi masakini yang bakal menggalas kepimpinan negara pada masa hadapan. Merekalah yang menjadikan anak-anak sebagai aset negara yang tidak ternilai.
Ibubapa berfungsi sebagai penggerak yang paling penting dalam mendidik anak-anak dan keluarga ke arah membina kehidupan berumahtangga yang baik, sempurna dan diredhai oleh Allah. Skima penilaian ibubapa yang berjaya tidak meletakkan faktor kebendaan atau aspek lahiriah semata-mata tetapi lebih dari itu. Faktor keterampilan dan kemampuan untuk melahirkan dan membentuk satu generasi anak-anak yang berilmu, bertakwa, beriman dan beramal soleh adalah penentu dalam situasi dan ruang lingkup tugas dan tanggungjawabnya sebagai ibubapa. Inilah ukuran yang menjadi kriteria utama kejayaan mereka.
Jika kita mengukur dan menilai ibubapa berjaya berdasarkan kebolehan atau pencapaian aspek kebendaan semata-mata tanpa memikirkan soal adab, kesopanan, maruah dan budi pekerti sudah tentu ianya akan hanya melahirkan generasi ynag tempang dan seterusnya masyarakat yang pincang. Ibubapa yang memahami, memperlengkapkan diri dan membentuk dengan asas-asas pengetahuan Islam untuk membina keluarga berlandaskan asas keagamaan akan dapat merealisasikan tuntutan sebenar dari perkahwinan tersebut. Persediaan keagamaan ini penting sebagaimana ditegaskan dalam firman Allah bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan juga keluarga kamu dari api nereka ( Al-Tahrim:6)
Kemuliaan institusi ini dipelihara oleh Islam di mana ianya perlu dimulai dengan peraturan tertentu iaitu perkahwinan dan bukannya melalui hubungan sulit atau perzinaan. Maksudnya batasan dan kefahaman agama menjadi pendorong utama apabila perkahwinan hendak dilaksanakan.
Kita juga tidak mahu keruntuhan sistem kekeluargaan adalah berpunca dari faktor kurangnya pengetahuan atau didikan agama yang dimiliki oleh ibubapa. Hakikatnya ibubapa yang memiliki didikan agama dan menghayati falsafah perkahwinan dan diterjemahkan dalam rumahtangganya dapat menjalankan fungsinya dengan baik dalam kehidupannya. Ini adalah kerana pertimbangan soal dosa dan pahala adalah asas penting dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab kita terhadap diri, keluarga masyarakat dan negara.

ISU PENGHAYATAN ISLAM

REMAJA SEMAKIN TERHAKIS DENGAN NILAI-NILAI ISLAM

Penghayatan Islam di kalangan remaja pada hari ini semakin terhakis, berikutan dengan masalah-masalah yang menimpa remaja kita pada hari ini. Kita dapat lihat juga, rata rata remaja pada hari ini mengnuti agama islam dan mereka tahu bahawa agama Islam adalah agama yang terbaik dari agama-agama yang lain, namun mereka tidak menghayati atau mengamalkan agama islam itu denagan sebenar-benarnya mengikut apa yang telah di gariskan oleh syara’. Sebagi contoh yang kita dapat lihat di Fakulti pengajian Islam itu sendiri terdapat ramai pelajar-pelajar yang bilamana berada di fakulti mereka menutup aurat dengan sempurna, dan apabila mereka berada di luar fakulti mereka berani untuk mendedahkan aurat mereka di khayalah ramai, di sini kita dapat. bahawa pelajar seperti ini tidak mempunyai kemantapan iman, agama serta akidah serta tidak mengamalkan sertamenghayati ilmu yang di pelajari di dewan kuliah atau di man sahaja.
Sepatutnya remaja Islam yang ada pada hari ini merupakan contoh kepada remaja yang bukan Islam. Remaj islam juga perlu melengkapkan Ilmu-Ilmu yang berkaitan dengan hukum-hukum islam walaupun mereka belajar bukan dalam bidang ilmuan islam, kerana apa, Islam telah mewajibkan setiap dari umatnya yang beragama Islam untuk menuntut ilmu-ilmu Fardhu A’in sebagai panduan hidup mereka untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat.